Selasa, 13 Oktober 2015

SEJARAH DAN PERISTIWA AWAL MUHARRAM TAHUN HIJRAH


Kesan daripada Hijrahnya Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalahSEJARAH DAN PERISTIWA AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH  sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam. Banyak umat islam yang tidak mengetahui SEJARAH DAN PERISTIWA AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH. Mudah-mudahan artikel SEJARAH DAN PERISTIWA AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH bisa menjadika ilmu baru bagi pembaca
SEJARAH DAN PERISTIWA AWAL MUHARRAM TAHUN HIJRAH
SEJARAH DAN PERISTIWA AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akhbar.
Pertama sekali, ingin mengucapkan Selamat Maal Hijrah.. sempena sambutan awal Muharam, ingin berbagi sedikit tentang peristiwa Maal Hijrah
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam karena ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati Hijrah Nabi Muhammad Saw dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan
kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan sholat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Indonesia dan Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH RASULULLAH

Rasulullah SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad SAW , baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda memulainya dengan hikmah
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyiksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah SAW menunggu perintah daripada Allah SWT.
Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikut, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah Saw walaupun menyadari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW.
Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (r.a.) dan bukannya Muhammad (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Muhammad (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma, serta orang digaji mereka, Abdullah.
Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thuur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. tidak berada di dalam karena mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang laba-laba dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya.
Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang digaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW.
Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW . Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba kat perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira.
Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah Saw akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.


SEJARAH DAN PERISTIWA AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH

Kesan daripada Hijrahnya Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam as bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris as diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh as diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim as diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as.
6. Nabi Yusuf as dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yakub r.a. yang rabun disembuhkan Allah.
8. Nabi Ayub as disembuhkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus as selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa as dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud as diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman as dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Lauh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa as diangkat ke langit.
Semoga kita dapat ambil ittiba dari sejarah dan peristiwa awal Muharram dan Hijrahnya Baginda Nabi Muhammad SAW.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim. Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Astaghfirullahal ‘azhim wa atubu ilaih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar