Sabtu, 10 Oktober 2015

Cara Puaskan Suami: 3 Tips Mudah Tetapi Sangat Berkesan

Kali ini saya nak berikan cara puaskan suami yang sangat-sangat mudah, tetapi amat berkesan jika diamalkan oleh isteri.
http://www.gambirserawak.com/2015/09/gambir-serawak-satu-satunay-herbal-oles.html

Cara Puaskan Suami: 3 Tips Mudah Tetapi Sangat Berkesan


Ramai isteri yang masih tercari-cari tips puaskan suami untuk membuat suami mereka lebih menghargai mereka.
Ada yang inginkan ilmu cara puaskan suami di ranjang, ada pula yang ingin tahu bagaimana nak memuaskan nafsu suami dalam hubungan seks, dan ada pula yang nak tahu rahsia puaskan suami yang sebenarnya.

Puaskan Nafsu Suami Bukan Dengan Seks

Sebenarnya, nak puaskan suami bukan hanya ketika hubungan seks, bersetubuh atau hanya di ranjang. Anda boleh puaskan suami anda dalam aktivit seharian anda. Tidak semestinya hanya dengan seks untuk puaskan suami.
Kadangkala para isteri hanya memikirkan dan membuat kesimpulan suami hanya akan puas ketika bersetubuh. Sebenarnya tidak. Suami anda lebih sensitif daripada itu, walaupun mereka tidak menunjukkannya.
Jika anda tak percaya, ambil sahaja fakta semua lelaki pernah menangis, sekeras atau se”macho” manapun lelaki tersebut. Yang membezakan ialah sama ada mereka akan menangis di hadapan anda, atau ketika mereka bersendirian.
Ini fakta, bukan omongan kosong yang saya reka!

Cara Puaskan Suami Yang Mudah

Terdapat beberapa teknik puaskan suami yang mudah, yang boleh anda amalkan pada bila-bila masa sahaja, tanpa perlu persediaan untuk beradu di ranjang.
Teknik-teknik ini walaupun kelihatan ringkas dan mudah dilakukan; boleh memberikan kesan yang amat mendalam kepada jiwa dan batin suami anda.

Kuasa Sentuhan Isteri

Ada tak insan yang tidak suka disentuh atau dibelai oleh orang tersayang? Sudah pasti jawapannya tidak. Sejak lahir lagi fitrah manusia suka disentuh dan dibelai. Tambahan lagi jika yang menyentuh dan membelai tersebut adalah insan yang mereka sayang dan cintai.
Suami anda juga tidak ketinggalan. Lelaki seperti juga wanita suka disentuh dan dibelai. Tak terkejut kan, kebanyakkan lelaki suka pergi ke ‘massage’?
Jangan berkira-kira untuk menyentuh, membelai dan mengurut suami anda. Tak semestinya hanya di atas katil. Ketika beliau sedang berehat di ruang tamu, apa kata anda mengurut lembut leher, bahu, tangan, paha beliau.
Saya pasti beliau tidak akan menolak!
Tapi janganlah urut dengan kuat. Urutan lembut sudah memadai untuk membuat beliau mendesah lega, bagaikan hilang keletihan seharian bekerja.
Ingat, sentuhan lembut anda adalah salah satu cara puaskan suami anda.

Kuasa Ciuman Isteri

Ramai isteri yang tidak menggunakan kuasa bibir mereka untuk memuaskan suami. Sayang sekali kerana ciuman adalah antara senjata isteri untuk puaskan suami.
Ciuman yang saya maksudkan di sini bukan ciuman ghairah seperti cium mulut, cium lidah atau ciuman perancis. Tetapi ciuman lembut pada mata, leher atau pipi suami.
Bagaimana nak aplikasikan teknik ciuman lembut ini untuk membuat suami anda lebih menyayangi anda?
Mudah sekali. Salah satunya ialah dengan menggantikan jam loceng suami anda dengan ciuman anda. Selepas ini kejutkan suami anda dengan ciuman lembut anda.
Jangan takut untuk mencuba tips puaskan suami yang ini. Jangan takut untuk mencuba benda baru yang boleh meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda berdua.
Pada mulanya mungkin suami anda akan terkejut dan ingat anda buang tebiat? Jangan risau kerana secara automatik beliau akan sedar apa yang anda lakukan sebagai usaha untuk membuat beliau bahagia. Ini adalah naluri semulajadi lelaki.
Nak bercumbu lebih sikit pun takpe, takde sape nak marah. Tetapi jangan over, nanti lewat pulak ke tempat kerja, ok?
Banyak lagi teknik ciuman yang boleh lakukan sebagai cara puaskan suami. Jika anda nak belajar lebih lanjut, saya syorkan anda dapatkan Panduan Seni Ciuman untuk variasi teknik ciuman yang telah dibuktikan dapat membuat suami puas dengan bibir anda. Klik kat sini untuk dapatkan Panduan Seni Ciuman.

Kuasa Penampilan Diri

Ramai isteri yang “fail” dalam perkara ini, lebih-lebih lagi di rumah. Selalunya ketika nak pergi ke kerja; hendak keluar rumah, bersolek mengalahkan artis. Tetapi apabila kat rumah?
Jangan beri alasan anda tak cantik, gemuk atau dah tak lawa seperti masa muda-muda dahulu. Saya nak beri satu rahsia. Sebenarnya anda sentiasa cantik di mata suami anda.
Jika ada yang membuatkan anda kelihatan tak cantik di mata suami, ada faktor lain yang memainkan peranan, bukannya faktor fizikal. Ini lebih kompleks dan terlalu panjang nak saya tulis kat sini, oleh itu saya akan sentuh dalam artikel yang akan datang.
Apa yang perlu anda tahu ialah dari aspek fizikal, anda sentiasa cantik di mata suami anda.
Oleh itu jagalah penampilan diri anda sebagai salah satu cara puaskan suami, terutamanya di rumah. Jangan salah faham, anda tidak perlu bersolek tebal-tebal atau mendandan rambut sehingga setengah jam.
Apa yang perlu anda buat cuma memastikan anda sentiasa bersih, rapi dan berbau harum. Mudah kan?
Jangan memakai pakaian yang selebet, membiarkan badan berbau, rambut tidak diikat dan mengerbang. Itu semua akan mematikan nafsu suami terhadap anda.
Satu “trick” yang boleh anda lakukan untuk membuat suami anda tersenyum ialah dengan mengenakan baju suami. Tambahan pula jika baju tersebut berwarna cerah, atau bonus pula jika baju tersebut jarang.
Ini adalah trick menggoda suami yang ramai tak tahu. Cubalah dan lihat apa reaksi suami anda apabila anda mengenakan bajunya.

Mudah Tetapi Sangat Berkesan

Tips-tips yang saya berikan ini bukan sahaja sangat mudah dilakukan, tetapi kesannya sangat hebat dan amat berkesan untuk memuaskan suami anda.
Jangan hanya membaca tetapi tidak amalkan, anda juga yang rugi nanti.
Banyak lagi tips-tips menggoda untuk puaskan suami yang boleh anda pelajari dan amalkan. Tips-tips ini telah saya kumpulkan dalam Panduan 101 Idea Asmara. Panduan ini mengandungi 101 idea menggoda yang mudah dan boleh dilakukan dalam kehidupan seharian. Panduan ini diberikan percuma sebagai Bonus untuk Pakej Kamasutra Bergambar.
Jika anda serius ingin puaskan suami dengan tips mudah ini untuk meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan panduan ini. Tidak rugi mempelajari ilmu yang sukar didapati ini terutamanya dalam Bahasa Melayu. Cara Puaskan Suami: 3 Tips Mudah Tetapi Sangat Berkesan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar